المدة الزمنية 3:36

Kisah kejayaan

بواسطة pi1m kg mahligai
176 مشاهدة
0
1
تم نشره في 2015/12/31

Puan Norazizah Hussain, seorang usahawan kecil yang membuka perniagaan barli madu di Kg.Mahligai. Beliau berusia 35 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai 5 cahaya mata. Beliau berminat dalam bidang perniagaan dan terlibat dalam perniagaan barli madu ini sejak 3 tahun yang lepas. Perniagaan yang dibuat adalah hasil daripada usaha keluarga sendiri. Pada mulanya, beliau memasuki Pusat Internet 1Malaysia ini adalah untuk menggunakan kemudahan internet. Namun begitu, dengan mengikuti pelbagai kursus yang diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Kg.Mahligai antaranya Program Keusahawanan, Kelas ICT serta pelbagai program, akhirnya beliau bersetuju memasarkan produknya melalui online iaitu melalui facebooknya. Hasil daripada usahanya beliau kini mampu memperolehi pendapatan antara RM 300.00 sehingga RM 800.00 sebulan bergantung kepada tempahan yang diterima. Beliau juga tidak putus-putus menerima tempahan, malahan hampir setiap minggu tempahan yang diterimanya. Pasaran produknya juga bukan sahaja di sekitar Kg.Mahligai malah di luar bandar dan negeri juga. Melalui pembelajaran yang diikutinya di Pusat Internet 1Malaysia juga, Puan Nor Azizah Hussain dapat mencari idea-idea baru cara untuk memasarkan produk dengan lebih berkesan menggunakan internet. Matlamat beliau, ingin berjaya dalam perniagaan dan ingin mempunyai bengkel, mesin sendiri untuk mengeluarkan produk yang lebih berkualiti. Harapannya juga agar Pusat Internet 1Malaysia Kg.Mahligai ini diteruskan, kerana program yang dilaksanakan amat baik untuk semua golongan masyarakat dengan kemudahan yang ada di Pi1M.

الفئة

عرض المزيد

تعليقات - 0